Perodua Terbaru Ativa dilancarkan pada Mac 2021. Merupakan SUV Kompak dikuasakan dengan enjin turbo pertama Perodua.
Perodua Ativa ini di datangi dengan 3 varian iaitu X, H dan AV. Varian AV. Ketiga-tiga varian ini didatangai dengan enjin 1000cc turbo dan transmisi auto D-CVT.
Enjin Ativa ini menghasilkan 98 PS pada 6,000 rpm dan 140 Nm tork dari 2,400 rpm hingga 4,000 rpm. Ini menyaksikan kelebihan 30 PS dan 50 Nm daripada unit enjin sama tanpa turbo. Namun, tork maksimumnya dicapai lebih awal, bahkan lebih awal daripada enjin 1.5L Myvi (136 Nm pada 4,200 rpm). Perodua maklumkan yang enjin 1.0L turbo ini mampu memberikan prestasi yang sama seperti unit 1.5L.